Thursday, April 02, 2009

DEKORASI RUMAH

Hiasan dalaman rumah atau "interior design" adalah merupakan karya seni yang mempamerkan keindahan tersendiri yang digabungkan atau disepadukan dengan idea-idea penggayaan atau "styles" terbaik yang selari dengan cita rasa atau "mode" pemilik rumah yang ada kalanya begitu unik dan "eccentric" (pelik).
Setiap hiasan yang dipertontonkan adalah berlatarkan kreativiti dan pengetahuan yang mendalam bersertakan kajian mengenai persembahan yang menarik dan menusuk hati dan perasaan walaupun tanpa penggunaan perabut dan aksesori hiasan yang ekslusif dan berharga mahal.

Hiasan dalaman rumah atau "interior design" boleh dikategorikan kepada beberapa gaya atau "styles" yang masing-masing memounyai ciri-ciri tersendiri seperti:
1. Gaya tradisional
2. Gaya Bali
3. Gaya kedesaan Inggeris atau Barat
4. Gaya Oriental

Thursday, January 15, 2009

DECORATION

Hari ini, saya buat satu blog lagi yang ingin mengutarakan tentang hiasan dalaman atau "interior design" dan luaran rumah.Kehadiran blog ini juga adalah khusus untuk mendalami ilmu dekorasi rumah atau "home decoration" yang amat saya minati.



Satu aspek yang penting dalam dekorasi adalah KEINDAHAN dan SUSUN ATUR ruang.KEINDAHAN ruang sering terletak pada kreativiti dan penelitian pemiliknya dalam memberi sentuhan berbeza serta mengikut cita rasa. Kesesuaian reka letak setiap aksesori hiasan dalaman antara pelengkap utama dekorasi yang secara tidak langsung menyuntik suasana mendamaikan.



Untuk melahirkan “keindahan” dan “kecantikan” ruang, banyak perkara yang perlu dipertimbangkan. Dari aspek pemasangan langsir umpamaya, gunakan bidai buluh atau plastik sebagai langkah menyerikan kemasan langsir. Sekiranya inginkan suasana ringkas, gantung langsir itu secara bersahaja.Mungkin batang penyapu atau pengelap lantai boleh di jadikan sebagai alat menggantung langsir jika anda tidak mempunyai rod penggantung langsir. Hiasan bunga plastik lebih menampakkan kesegaran dan seri semula jadi. Gubah dan letakkan dalam balang kaca yang unik. Penggunaan bahan berasaskan produk kitar semula sebagai penyeri kediaman kini kian popular.


MoreNiche Affiliate Program

Bekas makanan segera umpamanya boleh dijadikan pasu untuk meletakkan gubahan bunga.Gubahan bersaiz besar amat sesuai ditampilkan bagi menyerlah dekoratif dan fungsi produk kitar semula itu. Kita bebas menggantung pada dinding atau meletakkan gubahan berkenaan pada meja atau kabinet hiasan.

Bagi mereka yang gemarkan konsep hiasan dalaman klasik atau antik , peralatan silam seperti tepak sirih dan lesung batu peninggalan boleh diketengahkan. Pilih sudut terbaik seperti tangga untuk meletakkan peralatan silam itu dan susun secara teratur mengikut bentuk atau jenisnya.

Sentuhan kreativiti juga diperlukan untuk mencipta sudut untuk menempatkan peralatan menjamu selera termasuk sudu, garpu dan pelapik meja berhampiran ruang makan serta ruang tamu amat digalakkan. Ia bukan sekadar mencetuskan kelainan, malah pada masa sama menjimatkan masa sekiranya kediaman dikunjungi ramai tetamu serentak.

Tidak ketinggalan bilik mandi juga perlu diberi perhatian dari segi hiasannya termasuk meletakkan haruman wa ngi-wangian. Lilin aromaterapi sesuai digunakan untuk mencipta suasana tenang ketika memanjakan diri di bilik mandi.

Custom Search

Which style for your home decoration?